高三统考国文考试作答技巧讲座

Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia : Pelajar Menengah Tinggi Tiga

Wartawan:Murid Lim Yan Cheng
Penyunting: Cikgu Ooi Cheng Bok
Jurugambar: Murid Lim Yan Cheng,Murid Ong Zhe Xun
Tarikh: 21 Jun 2024

Pada 21 Jun 2024,Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian telah mengadakan sebuah ceramah yang bertemakan teknik menjawab kertas peperiksaan Bahasa Malaysia kepada pelajar menengah tinggi tiga. ceramah kali ini mengundang Cikgu Tan CL yang berpengalaman dalam subjek Bahasa Malaysia.

Sebelum itu, Cikgu Tan CL memperkenalkan diri. Beliau menyatakan bahawa selama 23 tahun berjinak-jinak dengan Bahasa Malaysia dan telah menulis lebih daripada 435 buah buku . Selain itu, beliau juga merupakan ahlo panel BM di Dongzong.

Selepas itu, Ceramah dimulakan kesalahan kata dalam bina ayat. Beliau menasihati murid-murid tidak mengosongkan soalan yang tidak mampu dijawab atau tanpa menulis sebarang ayat dalam soalan yang diberikan. Cadangan beliau untuk pelajr-pelajar dalam penguasaan sesuatu bahasa adalah dengan mengikuti rancangan berita seperti Astro Awani dan sebagainya.

Kemudian, Cikgu Tan CL memberi penerangan yang ringkas dan mudah difahami dalam bahagian kata majmuk. Beliau juga memberi beberapa contoh kepada murid-murid seperti air+mata=airmata (air dari mata semasa kamu menangis), mata+air=mataair (sumber air)dan sebagainya.

Seterusnya, beliau menjelaskan pembentukan kata terbitan. Kata terbitan ialah
a.makan+an=makanan ( kata terbitan )
b.ter+makan=termakan
c.me + makan = memakan

Ceramah ini tamat pada pukul 4.30 petang . Ceramah memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SUEC, Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Cikgu CL Tan atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan teknik menjawab.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest