Wartawan: Lim Yan Rou
Penyunting: Cikgu Leow
Jurugambar: Cikgu Jim Tze Wei
Tarikh:11 Mei 2022
Pada 11 Mei 2022 yang lalu, Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian telah menganjurkan pertandingan syarahan Bahasa Melayu. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 2:30 petang hingga pukul 4:30 petang. Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk menyemai minat murid-murid terhadap Bahasa Melayu dan membina keyakinan sendiri apabila mereka berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan mereka. Selain itu, pertandingan ini dapat melahirkan para murid yang dapat menghayati kepentingan penguasaan Bahasa Malaysia serta menunjukkan bakat mereka dalam aspek bahasa.
Semua peserta telah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Kategori A, Kategori B and Kategori C. Kategori A termasuklah tingkatan darjah pelajar S1, S2, S3, F4 dan F5 manakala Kategori B termasuklah tingkatan darjah pelajar J2, J3, F2 dan F3. Kategori C termasuklah tingkatan darjah pelajar J1 dan F1.
Pertandingan ini dijalankan dengan lancar kerana seramai 52 orang pelajar mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang bermakna ini. Semua peserta membawa semangat yang berkobar-kobar untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.
Beberapa peserta beraksi dengan baik manakala beberapa peserta yang terlalu gementar telah melupakan kata-kata mereka. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memperbaik mutu persembahan murid. Antaranya, gaya dan persembahan murid perlu lebih mantap untuk menarik perhatian penonton. Sambutan dan intonasi juga perlu lebih jelas agar para penonton dapat mendengar dengan lebih baik dan faham akan syarahan yang disampaikan.
Sebelum pertandingan tersebut bertamat, pihak penganjuran mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang sudi untuk menyertai pertandingan ini. Secara keseluruhan, pertandingan syarahan pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Kategori A
Kelas | No. Sekolah | Nama Pemenang | |
---|---|---|---|
Johan | S1CK | 20375 | Chong Cai Ni |
Naib-Johan | S2CK | 18257 | Ng Siang Ching |
Tempat Ketiga | S2SY | 18279 | Soon Yi Liang |
Saguhati | S2SY | 18167 | Sin Hock Leon |
Saguhati | S3CK | 17270 | Ong Zi Wei |
Kategori B

Kategori C
Kelas | No. Sekolah | Nama Pemenang | |
---|---|---|---|
Johan | F1M | 22011 | Tan Jie Shuen |
Naib-Johan | J1Y | 22363 | Lim Yan Rou |
Tempat Ketiga | J1L | 22124 | Ng Xu Rou |
Saguhati | J1F | 22047 | Tan Ying Xuan |
Saguhati | J1Y | 22367 | Khoo Jia Ying |