Wartawan: Desney Te Chen Chun
Jurugambar: Cikgu Leow Sow Ying
Tarikh: 4hb Mac 2026
Pada 4hb Mac 2026, Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian telah menganjurkan Pertandingan Menulis Esei. Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan dibawah pengendalian Panitia bahasa Melayu.
Pertandingan ini disertai oleh semua pelajar Tahap Menengah Atas, iaitu S3, S2, S1, F5 dan F4, serta pelajar Tahap Menengah Rendah yang merangkumi J2, J3, F2, F3, F1 dan J1.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat pelajar dalam penulisan esei Bahasa Melayu. Esei pelajar yang cemerlang di mana isi-isi yang padat , bernas serta penggunaan ayat yang gramatis menjadi syarat kemenangan para pertandingan pad kali ini dan esej yang dipilih akan dimuatkan dalam Majalah Karya Penulisan Pelajar. Selain itu, pertandingan seperti ini juga dapat merangsang daya imaginasi serta memperluas perspektif pelajar terhadap isu-isu semasa dalam masyarakat melalui tajuk esei yang dipilih.
Akhir sekali , Pertandingan Penulisan Esei ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama erat antara pihak sekolah, para guru Bahasa Melayu yang menyumbangkan tajuk-tajuk yang bersesuaian dengan tahap penguasaan para pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu. Melalui pertandingan ini, diharapkan penulisan esei dalam Bahasa Melayu menjdi satu kesinambungan kepada para pelajar untuk lebih giat lagi dalam bidang penulisan Bahasa Melayu.
Akhir kata , pertandingan ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan penulisan Bahasa Melayu malahan ia juga sebagai satu aktiviti yang menunjukkan semangat mencintai negara dimana bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Tanggungjawab menguasai Bahasa Melayu mencorakkan semangat nasionalisme dalam kalangan mereka.