Pengarang: Hooy Ping Yee & Lim Wei Hui
Penyunting: Cikgu Ooi Cheng Bok
Jurugambar: Cikgu Leow Sow Ying
Tarikh: 30th November 2023
Tanggal 30 November 2023 bersamaan dengan hari Khamis, dari pukul tiga petang hingga pukul empat petang, Sekolah Menengah Chung Ling (PERSENDIRIAN), sekolah kita, berbesar hati kerana berkesempatan menjemput Encik Azizi untuk memberi ceramah tentang kes buli kepada pelajar-pelajar tingkatan satu. Ceramah itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar sekolah kita tentang kes buli. Pembuka tirai ceramah dengan pengenalan variasi buli , termasuklah buli fizikal, buli siber dan selain-lain lagi oleh Encik Azizi kepada pelajar-pelajar tingkatan satu. Selain itu, beliau memberitahu murid-murid cara-cara untuk menghadapi dan tindakan yang diambil jika mereka dibuli. Beliau juga menunjukkan klip video kepada pelajar-pelajar tentang seseorang yang menghadapi kes buli, dan bagaimana dia mengambil tindakan yang wajar sebagai tatapan pelajar-pelajar agar mereka memahami dengan lebih mendalam tentang kes buli. Sebelum mengakhiri ceramah tersebut , beliau mengambil gambar bersama dengan pengetua dan pelajar-pelajar sebagai kenangan. Pada pukul empat petang, ceramah diakhiri dengan tepukan gemuruh daripada setiap pelajar yang menghadiri ceramah tersebut。